Pelakon Senior, Ku Faridah telah dimasukkan ke dalam hospital selepas mengalami masalah jangkitan kuman dalam paru-paru dan darah.
Perkara itu dikongsikan oleh pelakon Sheila Mambo menerusi entri terbaharu Instagram (IG) miliknya.
"Assalamualaikum. Doakan buat Ku Faridah binti Ku Shafie. "Sekarang berada di icu, keadaan sangat lemah, due to beberapa penyakit, jangkitan kuman dalam paru, dalam darah. "Semoga Allah mengangkat segala dosa-dosanya asbab sakit yang ditanggung. Ampunkan dosa mak. SubhanAllah. Syafakillah," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui terkejut dengan perkongsian yang dilakukan oleh Sheila dan mendoakan agar Ku Faridah segera sembuh daripada masalah penyakit yang dialaminya itu.
Pelakon Zarina Anjoulie berkongsi berita gembira kepada pengikutnya apabila berjaya membeli sebuah kereta baharu buatan Malaysia semalam.
Kata Zarina, kereta jenama Proton itu kerana dirasakan berbaloi dan dibeli atas dasar mengikut kemampuannya.
"Yeay... new day new car. Biar la proton je yang penting bukan nombor plate bukan register under nama cina mana entah ok.
"Beli apa yang afdal dan sesuai dengan ekonomi sendiri.
"Tak sanggup aku nak angkut merc tapi terkinja-kinja nak bayar kang pastu makan maggi pastu kang kena tarik," tulisnya.
Zarina turut menempelak segelintir pengguna yang memandang rendah pilihannya untuk membeli jenama kereta berkenaan.
"Sebelum kau cakap ha proton je ... Let me tell u that I had my first BMW since I was 25 and guess what worse decision ever.
"Sebab nak cam korang la giler glam nak show off, tapi haprak maintenance cam setan semua mahal rosak sikit kalau takde RM2,000 tak payah cerita.
"End up bila jual balik value jatuh nak mati aku rugi.. Untuk apa? Semua untuk kebodohan aku nak show off.
"I don’t need all that now. I’m happy with my life kereta aku proton tapi hari-hari aku mampu makan udang galah. Dari kau bawak BMW makan ikan reject kat pasar," tambahnya. Ini baru betul definisi alah membeli menang memakai!
Tidak adil bagi pihak yang tidak hadir ke siri akhir Konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi untuk menghukum dan menuduh yang bukan-bukan!
Bagi yang berkata 'ah, tangguh saja konsert itu, dunia sedang berduka dengan pelbagai tragedi', itu kurang manis kedengarannya.
Memandangkan Siti, penyanyi nombor satu negara peka dan sensitif dengan isu semasa yang terjadi baik di dalam mahu pun di luar negara.
Menzahirkan rasa dukacita terhadap mangsa serangan pengganas seagama di Christchurch, New Zealand dan gelisah penduduk di Pasir Gudang, Johor yang keracunan sisa toksik, Siti menghentikan konsertnya beberapa minit.
Nada sebak dan hampir menitiskan air mata, Siti pada masa sama turut mengenangkan insan seni yang telah pergi selama-lamanya termasuk pencipta lagu-lagu irama Malaysia Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah).
Mengepalai bacaan al-Fatihah, Siti turut mengajak seisi 10,000 penonton di perut Axiata Arena bertafakur sejenak.
Malam tadi juga menjadi momen emosional Siti apabila turut sebak di belakang pentas 30 saat sebelum tirai konsert dibuka.
Menerusi Instastories yang dikongsikan pereka fesyen Rizman Ruzaini, Siti menyampaikan kata-kata akhir buat ensemble yang terbabit sepanjang konsert jelajah Siti Nurhaliza On Tour di Jakarta, Singapura dan Kuala Lumpur.
Malah, buat kesekian kalinya, Siti hampir lagi menyeka air matanya ketika sesi apresiasi buat peminat setianya dan Sitizoner yang tidak jemu menyokong kerjaya seni beliau.
Dan pastinya, Siti hampir hilang kata-kata ketika mengimbas kembali kemalangan motosikal yang melibatkan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa di New Zealand pada 2012.
"Jaga Dia Untukku merupakan lagu yang memberikan kesan mendalam kepada saya sebab ia digubah berdasarkan situasi sebenar.
"Empat bulan saya berhenti menyanyi untuk menjaga suami yang kemalangan motosikal di New Zealand sampailah dia betul-betul sihat," kata Siti.
Siti mendendangkan lebih 29 buah lagu popularnya sepanjang durasi lebih 2 jam konsertnya malam tadi.
Jurusolek popular Datuk Alha Alfa berkongsi kenangan ketika awal perkenalan dengan pelawak wanita tersohor tanah air, Jihan Muse.
Dedah Alfa, Jihan merupakan selebriti pertama yang disoleknya ketika mula menceburkan diri dan berkongsi pelbagai kisah suka duka bersama-sama.
"Kalau nak tahu, Jihan adalah artis pertama yang saya sentuh dan berkarya.
"Zaman UiTM dulu, weekend nak cari duit lebih saya make up untuk production. Pastu Jihan antara pelakonnya.
"So teringat satu ketika ni, saya kena makeup Jihan jadi hantu. Barang make up tak banyak, nak beli make up effect duit tak mampu... mahal.
"Sudahnya saya pakai tisu dan watercolor jenama Buncho! Sapu satu muka Jihan. Jihan tanya saya “babe,,panas la muka i..memang rasa gini ke?“
"Saya pun bisik... Jihan, ni je yang Alha ada, sorry naa..I janji pakai sikit je," kongsinya.
Namun, kata Alha perkara yang lebih menarik berlaku selepas solekan hantu itu.
Lepas settle make up Jihan shoot jadi hantu kena duduk kat area longkang. Perangai Jihan duk huha esoknya pergi set dua-dua kena gigit hantu.
"Dia kena kat paha, besar tapak tangan. Saya kena kat lengan. Sejak itu saya rapat dengan dia," tambahnya. Alha antara jurusolek yang menjadi pilihan selebriti terkenal termasuk Jihan, Zara Zya, Uqasha Senrose, Fasha Sandha dan ramai lagi.