Sunday, March 17, 2019

4 Momen Ini Bikin Air Mata Siti Tumpah Di Axiata Arena


Tidak adil bagi pihak yang tidak hadir ke siri akhir Konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi untuk menghukum dan menuduh yang bukan-bukan!

Bagi yang berkata 'ah, tangguh saja konsert itu, dunia sedang berduka dengan pelbagai tragedi', itu kurang manis kedengarannya.

Memandangkan Siti, penyanyi nombor satu negara peka dan sensitif dengan isu semasa yang terjadi baik di dalam mahu pun di luar negara.

Menzahirkan rasa dukacita terhadap mangsa serangan pengganas seagama di Christchurch, New Zealand dan gelisah penduduk di Pasir Gudang, Johor yang keracunan sisa toksik, Siti menghentikan konsertnya beberapa minit.

Nada sebak dan hampir menitiskan air mata, Siti pada masa sama turut mengenangkan insan seni yang telah pergi selama-lamanya termasuk pencipta lagu-lagu irama Malaysia Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah).

Mengepalai bacaan al-Fatihah, Siti turut mengajak seisi 10,000 penonton di perut Axiata Arena bertafakur sejenak.

Malam tadi juga menjadi momen emosional Siti apabila turut sebak di belakang pentas 30 saat sebelum tirai konsert dibuka.

Menerusi Instastories yang dikongsikan pereka fesyen Rizman Ruzaini, Siti menyampaikan kata-kata akhir buat ensemble yang terbabit sepanjang konsert jelajah Siti Nurhaliza On Tour di Jakarta, Singapura dan Kuala Lumpur.

Malah, buat kesekian kalinya, Siti hampir lagi menyeka air matanya ketika sesi apresiasi buat peminat setianya dan Sitizoner yang tidak jemu menyokong kerjaya seni beliau.

Dan pastinya, Siti hampir hilang kata-kata ketika mengimbas kembali kemalangan motosikal yang melibatkan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa di New Zealand pada 2012.

"Jaga Dia Untukku merupakan lagu yang memberikan kesan mendalam kepada saya sebab ia digubah berdasarkan situasi sebenar.

"Empat bulan saya berhenti menyanyi untuk menjaga suami yang kemalangan motosikal di New Zealand sampailah dia betul-betul sihat," kata Siti.

Siti mendendangkan lebih 29 buah lagu popularnya sepanjang durasi lebih 2 jam konsertnya malam tadi.

Terbaik dan syabas Siti!

loading...


EmoticonEmoticon