Monday, February 4, 2019

Geng bikers Singapura tutup nombor plat kena saman dengan polis


DIFAHAMKAN pihak polis telah menahan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi (bikers) warga Singapura yang dilihat sengaja menutup nombor pendaftaran (plat) kenderaan mereka disyaki untuk mengelak daripada disaman kerana menunggang laju.

Gambar-gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan pemilik-pemilik beberapa buah motorsikal berkuasa tinggi dengan nombor-nombor plat yang sengaja ditutup telah disaman oleh dua anggota polis menaiki sebuah kereta peronda.

Gambar dokumen perjalanan (passport) yang turut tersebar, menunjukkan memang benar mereka adalah rakyat Singapura.



Kesemua mereka kemudian dilihat segera menjelaskan bayaran saman yang dikenakan terhadap mereka, di sebuah kaunter bayaran saman.


Berdasarkan mesin pengimbas yang digunakan oleh pihak polis, cuba lihat berapa laju mereka memecut di lebuhraya 253km/j


Sebelum ini tersebar rakaman video, menunjukkan bagaimana sekumpulan bikers dipercayai dari Singapura dilihat menutup nombor pendaftaran kenderaan mereka disyaki bagi mengelakan saman laju ketika berada di negara ini.







loading...


EmoticonEmoticon