DATUK Seri Najib Razak didakwa menjalani upacara memuja patung-patung menerusi seorang bomoh berasal dari India sebagai usaha bersaing dalam Umno untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Perkara itu didedahkan secara terperinci menerusi temubual dengan Jom Channel oleh Deepak Jaikishan, lelaki yang mendakwa diberi tugas mengurus bomoh-bomoh yang dipanggil ke rumah bekas perdana menteri itu.
Menurut Deepak, ketika ritual dilakukan oleh bomoh berkenaan terhadap Najib, dia menyaksikan sendiri dari mula sampai akhir bagaimana perkara tersebut dilakukan dalam 'bilik study' rumah Najib, di Langgak Duta.
"Pada waktu itu saya ada di sana, saya melihat dari A sampai Z, bagaimana mereka melakukannya,"
"Sebab utama bomoh ini dibawa ke Malaysia (kerana) pada waktu itu Datuk Najib ada persaingan sengit dengan kumpulan dalam Umno, yang tidak mahu dia menjadi Perdana Menteri. Pada waktu itu dia Timbalan Perdana Menteri,"
"Datin Rosmah mendapat bomoh ini dari India, bomoh ini dari tempat yang bernama Karpur, nama dia (bomoh itu) Pandatchi, dan bomoh ni telah datang, dan dia melakukan dua proses sembahyang,"
"Pertama dia bawa patung-patung. Patung ini bukan patung tuhan India yang kita biasa lihat di kuil, patung ini patung hitam, ia bagaikan seperti patung anak syaitan,"
"Patung utama dibuat daripada tepung, dan proses ini dilakukan dalam bilik study (rumah) Datuk Najib di Langgak Duta."
"Datuk Najib duduk di atas kerusi dalam biliknya, patung ini diletak di atas dia (Najib) bagaikan bayi, dan disembahyang (kan). Diletaklah susu, kunyit, ada proses tujuh, lapan bahan-bahan diletak,"
Najib jalani upacara memuja patung
"Datuk Najib harus melafazkan, apa yang disebut oleh bomoh itu. Pada waktu itu saya, Datin Rosmah, dan Datuk Najib dalam bilik bersama dia, di bawah ada satu macam baldi, Datuk Najib kaki dia dalam baldi itu, semua bahan-bahan susu semua jatuh balik dalam baldi itu," jelas Deepak.
Menurut Deepak, upacara itu mengambil masa 20 hingga 30 minit sebelum bomoh berkenaan mengambil darah Najib diletakkan di atas patung, sebelum patung itu dibiarkan semalaman dalam bilik tidur Najib.
"Keesokan harinya patung tu dibawa keluar, dan patung ni dihantar ke India." kata Deepak.
"Semua proses ini saya lihat, patung ini diletak bukan dalam kuil biasa, dia kuil yang disembah pada larut malam, kita panggil kuil hantulah, untuk ilmu hitam, India pun banyak ilmu-ilmu hitam ni," kata Deepak.
Upacara itu dilakukan katanya selepas Datin Rosmah panik sebaik sahaja mendapat tahu dari bomoh bahawa suaminya telah jatuh sakit akibat terkena buatan orang.
"Sebab dia buat itu, kerana pada masa itu Datuk Najib jatuh sakit, dia masuk hospital dan datin panik, dia dapat tahu dari bomoh dia bahawa ada orang dah letak sesuatu kepada Datuk Najib, masa dia makan ke apa, dan dia sakit,"
"Jadi dia gunakan bomoh dari India ini untuk proses pemulihan, pindah penyakit, racun dalam badan Datuk Najib ke dalam patung ini," jelas Deepak.
Ditanya oleh pengacara Jom Channel sama ada dia mempunyai bukti-bukti bagi menyokong tuduhannya, Deepak mendakwa dia mempunyai banyak bukti-bukti, dan Datuk Najib sendiri tahu bahawa dia mempunyai bukti-bukti itu dan kerana itulah beliau tidak berani mengambil tindakan terhadapnya.
"Oh, saya ada banyak bukti, kerana saya ada buktilah yang Datuk Najib sehingga ke hari ini tidak boleh mengambil tindakan walaupun saya sudah banyak kali mendedahkan perkara-perkara berkenaan ilmu hitam ini,"
"Saya ada bukti dan dia tahu saya ada bukti, saya mengendalikan semua orang (bomoh-bomoh) ini, saya yang disuruh. Datin akan bagi tahu saya orang (bomoh) ni nak sampai esok, awak tolong atur tiket penerbangan, saya ada bukti tiket, saya ada gambar mereka, gambar mereka di rumah, semua saya ada, Datuk Najib tahu" kata Deepak sambil tersenyum sinis.
Pendedahan oleh Deepak ini sebenarnya sekadar memenuhi lompang-lompang cerita yang pernah didedahkan oleh menantu Datin Rosmah sendiri sebelum ini iaitu Dr Fazley Yaacob menerusi akaun Instagram miliknya.
EmoticonEmoticon