TIMBALAN Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan individu yang merakam dan menyebarkan suara Nik Abduh dalam satu majlis tertutup yang kecoh baru-baru ini sebagai pengkhianat.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Ar Rahman, Pekan Sik Kedah Darul Aman semalam (9 Febuari 2019) di mana kuliah itu turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook.
Dalam ucapannya beliau sempat menyentuh tentang isu rakaman suara pemimpin PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz yang tersebar mengaku menerima dana dari Umno.
"Kalau kita buat benda yang tertutup, jangan khianat rakam majlis tertutup, dok riuh cerita Nik Abduh punya rakaman. Majlis tertutup ada khianat buat rakaman sebar pulak," katanya.
Tuan Ibrahim turut mengingatkan hadirin agar tidak menegur rakan secara terbuka kerana tindakan itu boleh menjatuhkan maruah individu yang ditegur.
"Tuan-tuan kalau nak tegur kawan jangan tegur dalam Facebook, kata Imam Ghazali kalau kamu tegur aku di khalayak ramai, kamu menjatuh maruahku, kalau kamu tegur aku bersendirian, barulah kamu menasihati,"
"Kalau kita nak tegur dia jangan tegur dalam Facebook, dia ada maruah, PM dia, PM tepi, direct dengan dia sahaja," katanya.
Di bawah ini sedutan rakaman ucapan beliau, sila klik untuk menonton.
BACA — Lebih 40 saksi dengar Nik Abduh mengaku terima duit dari Umno
Selepas itu seorang lagi ahli PAS tampil mengaku turut sama berada di majlis berkenaan dan mendengar pengakuan Nik Abduh seperti didakwa sebelum itu.
BACA — Lagi Ahli PAS tampil jadi saksi dengar Nik Abduh mengaku terima duit Umno
Empunya diri Nik Abduh sebelum ini bagaimanapun menafikan rakaman berkenaan sambil menyifatkan ia sebagai karut, mengarut dan fitnah ke atas dirinya.
EmoticonEmoticon