Tuesday, February 26, 2019

“Ya, Kami Sudah Putus Dan Suprisingly Dia Dah Move On Dengan...”- Nabil Mahir & Sarah Hildebrand Berpisah Selepas 5 Tahun



Pengacara dan pelakon, Nabil Mahir mengesahkan hubungannya dengan Sarah Hildebrand sudah berakhir sejak dua minggu lalu.

Nabil berkata dia tidak menyangka selepas hampir lima tahun bercinta, Sarah kini sudah bersama dengan lelaki lain.

“Ya, benar kami sudah putus dan surprisingly Sarah sudah pun move on dengan lelaki lain.

“Saya terkejut bila tengok di Instagram miliknya dia sudah bersama dengan orang lain. Baru sahaja.

“Bagaimanapun tidak dinafikan memang ada terjadi perselisihan faham antara kami sehingga membuat kami mengambil haluan sendiri,” katanya.
Nabil ditemui ketika menghadiri majlis pelancaran produk kosmetik Anas di Flora Terrace pada Isnin.
Nabil diminta mengulas mengenai huhungan mereka selepas dilihat telah memadam gambar mereka berdua di laman Instagram.
Pun begitu, Nabil meminta supaya bertanya sendiri kepada Sarah mengenai hal itu, biarpun menyedari terdapat perbezaan versi cerita antara mereka berdua mengenai punca perpisahan berkenaan.
“Saya pun sukar nak ulas mengenai punca perpisahan kami, namun apa yang saya boleh katakan tiada lagi persefahaman antara kami berdua.
“Lagipun saya sebenarnya sudah menyedari perubahan yang berlaku terhadap diri Sarah sejak beberapa bulan lalu setelah berasa ada jarak antara kami,” jelasnya.
Hubungan antara Nabil dan Sarah sebelum ini menjadi tanda tanya apabila pengacara itu mengambil tindakan memadamkan semua gambar mereka berdua di laman sosial. 

Nafi wujud orang ketiga, Sarah Hildebrand dan Nabil Mahir putus


KUALA LUMPUR - Selepas lima tahun percintaan, pengacara Nabil Mahir mengesahkan hubungannya dengan pelakon Sarah Hildebrand kini sudah berkecai.
Kata Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad Mahir, 31, mengikut perancangan, mereka sepatutnya berkahwin pada tahun ini. 
"Ya, hubungan saya dan dia telah berakhir. Wujud perselisihan faham antara kami yang tidak dapat diselesaikan," katanya yang sukar meneruskan perbualan ketika ditemui Kosmo! Online semalam.
Menurut Nabil, dia berhasrat untuk melamar pemilik nama sebenar Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 29, pada tahun ini.
Dia juga telah membeli sebentuk cincin untuk menjadikan pelakon Pujaan Hati Kanda itu suri hati miliknya.
"Saya ingin melamar dia dengan membuat kejutan dan mahu momen itu menjadi sangat istimewa antara kami. Saya hanya menanti waktu yang sesuai untuk melamar Sarah," katanya.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan kewujudan orang ketiga dalam hubungan mereka, Nabil berkata:"Saya berdoa kepada Tuhan jika dia jodoh saya dekatkan, jika tidak jauhkan," katanya.
Pengakhiran hubungan pasangan itu mula dihidu pengguna laman sosial selepas kedua-dua mereka memadam gambar masing-masing di Instagram.
Difahamkan mereka secara rasmi putus kira-kira dua minggu yang lalu. - K! ONLINE


loading...


EmoticonEmoticon