Wednesday, March 13, 2019

"About That Thing, I Rasa Ermmmm..." - Komen Suami Ariff Aziz Tentang Kontroversi Isterinya A.Aida Buat Netizen Keliru


Ketika keadaan masih lagi hangat diperdebatkan terutamanya antara para pelakon yang mengeluarkan pendapat mereka di media sosial, suami kepada penerbit A.Aida cuba menyatakan sesuatu.

Melalui satu entri video di Instagramnya, Ariff Aziz yang juga merupakan seorang pelakon cuba mengutarakan pendapatnya.

"What About me? What About my opinion about that thing you guys are talking about?

"About that thing, I rasa Ermmmm... i rasa errmmmm! Nak cakap apa pun tak tau. I rasa I takda rupa kott. Mungkin ada sikitlah kot. Mungkin 50%, I don't know, what do you guys say?" Komen Ariff dalam video tersebut.
 
Ada netizen yang menyokong A.Aida dan ada juga yang menganggap Ariff tidak mampu memberikan komen memandangkan dirinya sendiri seorang pelakon.

"Nasib baik la u hensem di mata Aida. Dapatlah jadi pelakon dan suami dia. Kalau di mata Kak Ogy, dah lama u takde dalam industri lakonan ni," komen Fararuz.

Ada juga netizen yang menganggap video Ariff sekadar merepek dan tidak faham dengan apa yang hendak diberitahu.

Ariff Aziz merupakan suami keempat kepada A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang setelah tiga perkahwinan A.Aida sebelum ini gagal. Mereka berkahwin pada Julai 2018.

Kredit Gambar: Instagram

loading...


EmoticonEmoticon