Sunday, March 10, 2019

"Ibu... Ibu! Ibu!" - Jelas Sebutan Aafiyah panggil Ibu Buat Netizen Teruja


Bakal menginjak ke usia setahun pada 19 Mac ini, Siti Aafiyah sudah mampu menyebut perkataan Ibu.
 
Dato Seri Siti Nurhaliza yang membahasakan dirinya dengan panggilan Ibu pastinya seronok kerana Aafiyah sudah bijak menyebut perkataan tersebut.
 
Rata-rata netizen meninggalkan komen memuji kebijaksanaan Aafiyah yang sudah mampu menyebut perkataan Ibu dengan jelas memandangkan usianya baru bakal memasuki setahun.
  
Siti Aafiyah merupakan cahaya mata sulung kepada pasangan Datuk Seri Khalid dan Siti selepas 11 tahun menanti kehadiran cahaya mata.
 
Pada 16 Mac ini Siti juga bakal mengadakan konsertnya di Axiata Arena, Bukit Jalil sempena siri jelajah Siti On Tour.
 
Siri jelajah yang bermula di Jakarta dan diikuti dengan Singapura, Kuala Lumpur dan bakal berakhir di Royal Albert Hall, London.
 
Kredit Gambar: Instagram

loading...


EmoticonEmoticon